Headline: Muara Hati Siti, Hafiz
Publication: BM
Date of publication: Aug 5, 2012
Section heading: Bintang Popular
Page number: 010
Byline / Author: Oleh Zubir Mohd Yunus


Drama percintaan empat segi yang diangkat daripada novel Adam & Hawa tulisan Aisya Sofea bakal menghiris hati dan perasaan penonton apabila disajikan lagu runut bunyi (OST), Muara Hati ciptaan Adi 6ixth Sense. Ia didendangkan secara duet Datuk Siti Nurhaliza bersama juara Akademi Fantasia 7 (AF7), Hafiz yang menyaksikan kolaborasi pertama mereka dalam studio.

Adi atau Adi Priyo Sambodo, 29, menjelaskan, Muara Hati yang berkonsepkan moderate balada, disiapkan kira-kira setahun lalu, namun tidak diberikan kepada sesiapa sehinggalah Penerbit Eksekutif, Global Station Sdn Bhd, Zetty Adila Ramly mendapatkan beliau untuk lagu OST drama bersiri, Adam & Hawa terbitan produksi itu.

Kisah cinta empat segi

"Adila menerangkan jalan cerita Adam & Hawa dan meminta satu lagu bersesuaian dengan penceritaannya.

Antara lain ia mengisahkan Oleh Zubir Mohd Yunus zubir@bharian.com.my pasangan bercinta, terjebak dalam percintaan empat segi. Adam dan Hawa terpisah sehingga bertemu kembali di Perth, Australia dan Makkah. Namun, sebelum pertemuan itu, Adam dan Hawa berdepan pelbagai cabaran getir.

"Jadi, saya menulis lirik Muara Hati untuk disesuaikan ikut jalan ceritanya. Sebenarnya saya ada beberapa lagu lain dalam simpanan, namun selepas diperdengarkan beberapa kali, Datuk Siti Nurhaliza berkenan dengan melodi Muara Hati. Dia suka lagu itu. Selepas perbincangan, kami bercadang menghasilkan Muara Hati secara duet dan akhirnya Hafiz jadi pilihan.

"Muara adalah pertembungan antara sungai dan laut, jadi pertemuan antara Adam & Hawa boleh diibaratkan seperti muara. Lebih istimewa, Muara Hati didendangkan secara duet Siti dan Hafiz, kedua-duanya dikenali ramai dan mempunyai vokal hebat.

"Saya juga rasa bangga dan bertuah kerana inilah kali pertama saya bekerjasama dengan dua nama besar dalam bidang nyanyian. Bagi saya, gandingan Siti dan Hafiz amat luar biasa! Mereka profesional, sangat mudah bekerja dengan mereka," kata Adi yang bakal muncul dengan album terbaru bersama 6ixth Sense berjudul Tentang Kita sekitar bulan ini.

Drama bersiri 80 episod

Penggambaran drama bersiri 80 episod, Adam & Hawa menampilkan Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011, Aaron Aziz sebagai pelakon utama.

Selain Aaron untuk watak Adam Mukriz, pasangannya ialah Nadiya Nisaa (Ain Hawani) yang sebelum ini pernah dinobatkan sebagai Pelakon Harapan Wanita pada Festival Filem Malaysia Ke-24 (FFM24) menerusi filem Cun. Pelakon lain ialah Aznah Hamid, Rozie Rashid dan dua bintang baru, Dazrin Kamarudin serta Elfaeza Ul Haq, selain Anzalna Nasir, Amyza Adnan, Lydiawati, Betty Rahmad dan Norman Hakim.

Adam & Hawa yang pernah menjalani penggambaran di Perth dan Makkah akan mula bersiaran 27 Ogos ini setiap Isnin hingga Khamis, jam 9 malam, menerusi Astro Mustika HD.

(END)





to purchase a PDF version of this article.


This document has been viewed 0 times.

Linked documents:

>home> search> purchase

 

 

 

SEARCH
SUBSCRIBE

TERMS OF USE

FAQ









New Straits Times   Berita Harian   Harian Metro


Copyright The New Straits Times Press - All rights reserved - Privacy policy