Headline: Halfest sasar usahawan kecil
Publication: HM
Date of publication: Aug 15, 2011
Section heading: Main Section
Page number: 047


PAMERAN Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) terus komited memperkembangkan ekonomi industri halal tempatan apabila bakal menganjurkan Festival Halal Malaysia (Halfest) yang lebih memfokuskan kepada usahawan kecil yang berpotensi untuk menembusi pasaran luar negara.

Halfest akan berlangsung pada 12 hingga 16 Oktober ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) diunjurkan mampu mengutip jualan keseluruhan sehingga RM2 juta dalam segmen peruncitan dan RM4.5 juta bagi segmen pemborongan bersandarkan penyertaan 600 pemain industri halal tempatan daripada 730 gerai pameran yang disediakan penganjur.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Shukri Abdullah berkata, acara itu pertama kali diadakan dan bakal diteruskan setiap tahun selepas enam bulan Mihas berlangsung kerana ia berfungsi sebagai landasan bagi usahawan baru dan berpotensi dalam industri halal.

"Kami mendapat kerjasama daripada CIMB Islamic untuk menjayakan acara ini dan sebanyak RM1.3 juta disuntik untuk mempromosi Halfest melalui media massa dan penyertaan artis tempatan bagi menarik 40 ribu pengunjung yang dijangka hadir dalam tempoh lima hari terbabit.

"Halfest turut disertai oleh badan kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Selain itu, dijangkakan kebanyakan produk yang akan diperkenalkan oleh peserta adalah daripada segmen makanan dan terdapat juga daripada segmen lain seperti kecantikan dan farmasi," katanya pada Bisnes Metro.

Katanya, Halfest adalah medium terbaik bagi usahawan kecil untuk mempelajari operasi pameran secara profesional kerana pengalaman pihaknya menganjurkan Mihas selama sembilan tahun mendapati cara terbabit membantu meningkatkan prestasi perniagaan mereka apabila berhadapan dengan rakan niaga dari luar negara pada masa hadapan.

"Halfest juga membantu usahawan untuk berjumpa sendiri dengan pelanggan untuk mempromosikan produk mereka melalui perjumpaan secara bersemuka dan ini membantu bagi mereka meningkatkan mutu produk yang di keluarkan oleh syarikat terbabit pada masa akan datang," katanya.





to purchase a PDF version of this article.


This document has been viewed 0 times.

Linked documents:

>home> search> purchase

 

 

 

SEARCH
SUBSCRIBE

TERMS OF USE

FAQ









New Straits Times   Berita Harian   Harian Metro


Copyright The New Straits Times Press - All rights reserved - Privacy policy