Headline: Siti tetap unggul
Publication: HM
Date of publication: May 3, 2010
Section heading: Main Section
Page number: 022
Byline / Author: Oleh Esme Johari Wahab


KUALA LUMPUR: Faizal Tahir menerusi album Adrenalin mengungguli Album Terbaik manakala Dan Sebenarnya dendangan Yuna muncul pemenang kategori Lagu Terbaik, pada Anugerah Industri Muzik ke-17 (AIM17) 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, malam tadi.

Malam anugerah tertinggi industri muzik tanah air itu turut menyaksikan Hazami muncul pemenang kategori Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Lelaki) menerusi lagu Survivor.

Datuk Siti Nurhaliza Taruddin pula mempertahankan kejuaraannya apabila meraih gelaran Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita) menerusi lagu Ku Percaya Ada Cinta,

Kejayaan itu bermakna Siti berjaya meraih gelaran ke-11 sepanjang 17 tahun AIM kecuali pada 2007 yang dimenangi Jaclyn Victor.

Faizal Tahir turut memenangi anugerah Album Rock Terbaik menerusi lagu Bencinta yang sekali gus menjadi anugerah terbesar sepanjang kariernya, manakala Dayang Nurfaizah meraih gelaran Album Pop Terbaik melalui Dayang Live dan K.O The Mixtape pula terpilih sebagai Album Hip Hop terbaik.

Nama Yuna turut kukuh di persada seni tanah air apabila muncul pemenang kategori Artis Baru Terbaik dan pemenang kategori Lagu Pop Terbaik menerusi Dan Sebenarnya, manakala Kategori Persembahan Vokal Berkumpulan Dalam Lagu menjadi milik Datuk Siti Nurhaliza dan Kris Dayanti dengan lagu Amarah.

In Team pula mengungguli Album Nasyid Terbaik dengan lagu Allahu Rabbi, Kumpulan Bunkface menerima Anugerah Kembara AIM.

Sementara itu, Krisdayanti meraih gelaran kedua bagi Vokal Berkumpulan apabila lagu Aku Wanita Biasa dipilih pemenang kategori Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang dipersembahkan artis luar negara.

Komposer dan guru vokal Akademi Fantasia (AF) selama lima musim, Adnan Abu Hassan dipilih sebagai penerima Anugerah Wirama AIM.

Semua pemenang membawa pulang trofi manakala Anugerah Wirama AIM disampaikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.





to purchase a PDF version of this article.


This document has been viewed 0 times.

Linked documents:

>home> search> purchase

 

 

 

SEARCH
SUBSCRIBE

TERMS OF USE

FAQ









New Straits Times   Berita Harian   Harian Metro


Copyright The New Straits Times Press - All rights reserved - Privacy policy