Headline: Slumberland lancar produk baru
Publication: BH
Date of publication: May 23, 2006
Section heading: Hip
Page number: 08


KUALA LUMPUR: Slumberland Malaysia melancarkan produk terbaru Vono iaitu `5-Zone Comfort Zone' di gedung perabot, Courts Mammoth Setapak di sini, baru-baru ini.

Ia disempurnakan Duta Vono yang juga penyanyi serta pelakon terkenal, Ziana Zain sambil disaksikan Pengurus Besar Slumberland Malaysia, Woo Kam Fook dan Pengarah Urusan Courts Mammoth, James Friel.

Tilam itu dikeluarkan secara eksklusif untuk Courts Mammoth dan mempunyai ciri unik penjagaan tulang belakang iaitu lima zon yang setiap satu mempunyai fungsi dan kelebihan tersendiri.

Zon satu untuk memberi keselesaan dan melegakan tengkuk dan bahu, zon dua untuk menyokong tulang bahu, zon tiga untuk memberi keselesaan kepada bahagian bawah pinggang serta melegakan ketegangan pinggul dan bahagian bawah belakang, zon empat untuk menyokong berat bahagian atas kaki dan zon lima memberi keselesaan serta melegakan anggota bahagian bawah.

Bagi Ziana, pelancaran produk terbaru itu tepat pada masanya memandangkan permintaan pengguna terhadap produk yang bermutu tinggi.

Saya percaya penjagaan bahagian belakang badan adalah penting bagi gaya hidup sihat dan aktif serta yakin dengan produk terkini tilam Vono dan tidak sabar untuk mencubanya, katanya.

(END)





to purchase a PDF version of this article.


This document has been viewed 0 times.

>home> search> purchase

 

 

 

SEARCH
SUBSCRIBE

TERMS OF USE

FAQ









New Straits Times   Berita Harian   Harian Metro


Copyright The New Straits Times Press - All rights reserved - Privacy policy