Headline: Undi jangan tak undi!
Publication: BH
Date of publication: Feb 23, 2010
Section heading: Sentral
Page number: 012


INFO

ARIL

* Bintang remaja bernama Khairil Azam Pilus atau lebih mesra disapa Aril yang dicungkil bakatnya menerusi program realiti Akademi Fantasia musim ketujuh ini adalah adik kepada penyanyi Izwan Pilus.

* Bekas pemenang naib juara AF7 ini turut membintangi drama bersiri Kau dan Aku bersama rakan seperjuangannya yang lain seperti Akim dan Mila. Drama bersiri ini disiarkan di saluran Astro Ria.

* Sewaktu berada di dalam AF7, dia pernah mencetuskan kontroversi apabila diserapkan semula selepas disingkirkan dan seterusnya muncul sebagai pemenang tempat kedua sekali gus menewaskan peserta kegemaran ramai, Akim.

* Sebelum mencuba nasib dalam AF7, Aril terlebih dulu menyertai Gangstarz musim pertama menerusi kumpulan yang dianggotainya, 1st Edition.

* Dia yang juga duta produk Pati Ayam Brand ini sedang meletup dengan single terbaru berjudul Menatap Wajahmu, yang dipetik dari drama Kau dan Aku. Selain menyanyi, Aril juga berkebolehan menari shuffle.

INFO

SITI NURHALIZA

* Anak kelima dari lapan adik-beradik ini dilahirkan pada 11 Januari 1979 di Kampung Awah, Temerloh, Pahang.

* Pada usia 16 tahun, Datuk Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Siti memasuki pertandingan Bintang RTM 1995. Selepas itu menjuarai pertandingan itu, Siti ditawarkan kontrak rakaman bersama Suria Records dan mengeluarkan album sulungnya bertajuk, Siti Nurhaliza sekitar tahun 1986.

* Siti juga pernah diberi kesempatan untuk membuat persembahan di `MTV Asia Awards 2004' dan menyanyikan lagu duet berjudul Say It Isn't So bersama penyanyi terkenal Britain, Gareth Gates. Selain Gareth, penyanyi antarabangsa lain yang pernah berduet dengan Siti termasuklah penyanyi nombor 1 Taiwan, Wang Lee Hom dalam satu majlis anugerah berprestij untuk dunia hiburan Cina, `Golden Melody Awards' yang ke-15.

* Pada tahun yang sama juga, Siti juga berpeluang membuat persembahan di MTV Asia Awards 2005 di Bangkok, Thailand. Dalam majlis itu, penyanyi Alicia Keys memperkenalkan Siti sebagai The Voice Of Asia berdasarkan kekuatan vokal, kejayaan dan persona yang dimilikinya. Berikutan kejayaan yang semakin memuncak, Channel V turut menamakan Siti sebagai Artis Kedua Terbesar Asia di belakang artis terkenal Taiwan, Jay Chou.

* Kejayaan demi kejayaan yang diraih Siti membuatkan namanya pernah tercatat di dalam The Malaysia Book of Records-Artis yang paling kerap menerima anugerah. Bukan saja menyanyi, Siti juga mengorak langkah dalam perniagaan dengan mengeluarkan produk teh CTEA berperisa Pandan dan Geranium.

* Tanggal Ogos 2006 mencatat sejarah peribadi buat penyanyi ini apabla dia selamat mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan terkemuka, Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa dan perkahwinannya itu dinobatkan sebagai `Wedding Of The Year'.

* Siti Nurhaliza juga pernah memeriahkan acara permaidani merah pada Anugerah Grammy yang bertempat di Staples Center, Los Angeles pada 11 Februari 2007. Pembabitan Siti Nurhaliza ini menjadikan beliau rakyat Malaysia pertama yang diberi penghormatan berjalan di atas permaidani merah di majlis anugerah yang berprestij itu.

* Pada Oktober 2006, sebagai menghargai segala sumbangannya kepada dunia hiburan tempatan, Siti dianugerahkan dengan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP), yang membawa gelaran Datuk.

* Sebagai jaminan masa depan, Siti turut menubuhkan syarikatnya sendiri iaitu Siti Nurhaliza Productions (SNP), Siti Nurhaliza Collections Sdn. Bhd. dan Siti Nurhaliza Marketing Sdn. Bhd. Terbaru, dia juga mengembangkan lagi sayap perniagaannya dengan menambah lagi beberapa syarikat antaranya Siti Sound Sdn. Bhd. dan SN Mobile Digital Sdn Bhd.





to purchase a PDF version of this article.


This document has been viewed 0 times.

Linked documents:

>home> search> purchase

 

 

 

SEARCH
SUBSCRIBE

TERMS OF USE

FAQ









New Straits Times   Berita Harian   Harian Metro


Copyright The New Straits Times Press - All rights reserved - Privacy policy