Headline: Siti Nurhaliza diburu syarikat rakaman
Publication: BM
Date of publication: Jun 14, 2009
Section heading: Bintang Popular
Page number: 021
Byline / Author: Oleh Hardi Effendi Yaacob


ADA empat wakil dari syarikat rakaman antarabangsa berada di Auditorium Besar, Angkasapuri pada 23 Disember 1995 semata-mata mahu `memancing' juara Bintang Hiburan Minggu Ini (HMI), Siti Nurhaliza Taruddin (kini Datuk) untuk mengikat kontrak dengan mereka.

Difahamkan, antara wakil yang kelihatan ialah ialah dari Sony Music, BMG Music dan Warner Music, selain Pengurus Besar Suria Records (SRC), Adnan Abu Hassan.

Malah, Adnan turut dilihat sebagai sanggup menunggu di pintu belakang sematamata mahu menemui Siti Nurhaliza yang sejak dari awal lagi pertandingan itu bermula sudah diramalkan menjadi juara disebabkan kelunakan vokal serta mutu persembahannya.

Beliau ketika ditemui wartawan sejurus pertandingan itu berakhir mengakui menerima banyak tawaran dari syarikat rakaman sebelum melangkah ke peringkat akhir Bintang HMI 1995. Bagaimanapun, gadis berusia 16 tahun ini masih tidak mahu memikirkan soal tawaran kerana tumpuannya kini kepada pelajaran terutama dalam membuat persediaan untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun berikutnya.

"Sebenarnya, saya sendiri pun tidak menyangka akan menjadi `buruan' syarikat rakaman. Banyak yang memberikan tawaran, malah sebelum pertandingan akhir bermula lagi. Bagaimanapun, saya belum memikirkan perkara itu.

"Yang penting, saya tidak mahu terburu-buru membuat keputusan, lebih-lebih lagi saya perlu menduduki peperiksaan penting tahun depan. Mungkin selepas SPM nanti, barulah saya menimbang tawaran itu," katanya ketika itu.

Pelajar Sekolah Menengah Hugh Clifford, Kuala Lipis, Pahang itu juga menyifatkan kemenangan itu adalah satu rezeki hujung tahun pada dirinya. "Masuk ke peringkat akhir saja saya anggap sebagai satu kejayaan. Malah, menang pertandingan ini memang sesuatu yang tidak diduga tapi saya rasa ini adalah rezeki yang perlu disyukuri. Soal hadiah, saya belum terfikir apa yang hendak dibuat. Mungkin cara yang baik ialah menyimpannya saja di bank," katanya.

Sebagai Juara Bintang HMI 1995, Siti Nurhaliza menerima wang tunai RM5,000, sijil, piala dan set televisyen.

(END)





to purchase a PDF version of this article.


This document has been viewed 0 times.

Linked documents:

>home> search> purchase

 

 

 

SEARCH
SUBSCRIBE

TERMS OF USE

FAQ









New Straits Times   Berita Harian   Harian Metro


Copyright The New Straits Times Press - All rights reserved - Privacy policy